
SUATU CATATAN-kembara kehidupan
i
ketika ombak
menghempas pasir pantai
aku terdampar
di batu karang
suatu catatan dari seribu kedukaan
apakah yang tinggal
dan akan aku tinggalkan
pada sisa-sisa kehidupan
yang tinggal sedikit
jari-jemari yang luka dan
jiwa raga yang tercalar
memendam luka dan duka
yang sarat
50 musim
bersilih dan berganti
seperti hari-hari berlari
Tun yang dikasihi,
Kami mengharap terlalu banyak dari Tun, tetapi terlalu kurang memberi.Semua menyatakan sokongan kepada Tun tetapi dalam masa sama bersembunyi diri. Tetapi apabila Tun keluar UMNO mungkin seorang dua sahaja yang mengikuti bagaimanapun sebenarnya ada ramai yang hatinya menyertai. Sesungguhnyalah Tun negarawan dan pejuang sejati manakala kami dan yang lainnya hanyalah api dari kayu yang terbakar itu. Saya terasa sangat malu menjadi diri sendiri. Bagaimanapun saya berbangga kerana pernah hidup sezaman dengan seorang manusia bernama Mahathir. Semoga Tun dan isteri beroleh kesihatan yang baik dan dapat meneruskan perjuangan.
Seperti di blog Che Det pada September 13, 2008 4:23 AM
MINYAK NAIK DAN NAIK MINYAK – PETIKAN:MY-KMU.NET
Contributed by umnoprodrm on Friday, June 13 @ 06:36:20 MYT
Topic:
|
|
KU LI - POLITIK MELAYU DAN MASADEPAN PASCA PILIHANRAYA KE-12 – PETIKAN:MY-KMU.NET
Contributed by umnoprodrm on Friday, June 13 @ 06:36:43 MYT
Topic:
| KU LI - POLITIK MELAYU DAN MASADEPAN PASCA PILIHANRAYA KE-12 |
PERLUNYA
Contributed by umnoprodrm on Friday, July 25 @ 18:16:23 MYT
Topic: KOMENTAR-2
| PERLUNYA |
DSAR,
1. JIKA SEMUA PEMIMPIN UMNO SAYANGKAN UMNO DAN BERJUANG UNTUK UMNO TENTU UMNO DAN BN AKAN MANTAP. MALANGNYA KEBANYAKAN PEMIMPIN UMNO SANGAT RAKUS DAN PENTINGKAN DIRI, KUMPULAN DAN KELOMPOK TERTENTU. LIHAT KEPADA PENAWARAN DIRI KEJAWATAN TIMBALAN PRES. UMNO, BERAPA RAMAI YANG MENAWARKAN DIRI TERMASUK DATOK? ADA YANG BENAR2 BERMINAT UNTUK PERJUANGKAN BANGSA TETAPI SELEBIHNYA HANYA JADI KUDA TUNGGANGGAN TOKOH TERTENTU. SECARA PERIBADI SAYA TIDAK NAMPAK KEPERLUAN DATO MENENTANG TSM (JIKA BELIAU MENAWARKAN DIRI) ATAS ALASAN SENIORITI. APA YANG BERLAKU ADALAH ORANG2 SEPERTI DATO LAH YANG MENGHANCURKAN UMNO DAN MENGAJAR AHLI2 DENGAN BUDAYA YANG BUKAN BUDAYA KITA.
2. SAYA CADANGKAN DATO DAN PEMIMPIN TERTINGGI LAINNYA SUPAYA BERMUHASABAH DIRI DAN KEMBALI KEPADA PERJUANGAN DAN SEMANGAT UMNO SEJATI.
3. TDM TELAH MENCETUS GELOMBANG KEBANGKITAN DAN PROTES UMNO DARI AKARUMBI TETAPI BELIAU DIKECAM RAMAI TERMASUK KAWAN DAN LAWAN DAN MEREKA2 YANG PERNAH BIBERIKAN NAFAS DALAM POLITIK,TETAPI DIAKHIRNYA APA YANG TELAH BELIAU LAKUKAN DIAMBIL KESEMPATAN OLEH SEMUA ORANG TANPA RASA BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH. INILAH POLITIK
4. GOLONGAN MUDA MEMERAHATIAKAN SEMUA YANG BERLAKU. POLITIK WANG DALAM PARTI DILAKUKAN DIMANA-MANA. PEMIMPIN2 YANG MENCEMUH GEJALA ITULAH YANG TURUT DAN BANYAK MELAKUKANNYA. SAMPAI SATU KETIKA, GOLONGAN MUDA TIDAK DAPAT MENAHAN KECEWA INI DAN MENINGGALKAN UMNO YANG MEMANG SUDAH TIDAK RELEVEN LAGI.
5. DATO PERLU LAKUKAN SESUATU, JADILAH PEMIMPIN YANG JUJUR DAN BERJUANG DEMI NASYARAKAT ATAU DATO TINGGALKAN JAWATAN KERANA INI LEBIH BERMAKNA DARI MENGKHIANATI ANAK BANGSA DAN DIBAKAR DINERAKA KELAK. WASALLAM.
1. Tulisan Datok terlalu ringkas. Bila membandingkan dengan blog CheDet dan Khir Toyo, tulisan Datok hanyalah sekeping nota dicebisan kertas. Saya mengandaikan bahawa Datok tidak mempunyai waktu kerana kesibukan tugas sebagai ketua menteri. Semoga ianya bukanlah kerana Datok tidak mempunyai idea-idea yang bernas untuk dikemukakan.
2. Ikrar menyokong dan taat setia kepada pemimpin sungguh membosankan ramai pihak dan ini dengan mudah disifatkan sebagai pengampuan kepada pemimpin berkenaan. Saya berpendapat ianya tidak perlu dinyatakan tetapi perlu ditunjukkan dengan perbuatan. Saya percaya semua calon yang akan bertanding jawatan TPU akan menyatakan yang sama, jadi apakah perbezaan diantara satu dengan yang lain?
3. Saya kesal dengan apa yang berlaku ketika ini. Diwaktu ramai pemimpin menyatakan sokongan kepada PM, hanya segelintir yang berani menyatakan kebenaran dengan meminta PM mempercepatkan peralihan kuasa dan diantaranya adalah TS Muhyiddin, dan seingat saya ianya telah diberikan tekanan dari masa ke semasa. Senario telah berubah dimana PM telah menyatakan bahawa tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan ini telah melonjakkan DS Najib dan membuatkan berlaku kekosaongan dijawatan Timb. Presiden. Yang menghairankan kenapa begitu ramai yang meinginkan jawatan berkenaan sedangkan yang berusaha kearah itu hanyalah TS Muhyiddin, orang yang pernah diserang kerana mencipta ruang tersebut.
4. Berdasarkan pencalonan sehingga hari ini, saya pasti bahawa TS Muhyiddin adalah calon popular bagi jawatan Timb. Presiden UMNO dan saya juga percaya bahawa pada pusingan akhir nanti calon-calon lain akan menarik diri termasuk Datok sendiri. Saya yakin itu adakah langkah terbaik bagi kesetabilan UMNO. Saya berharap agar Datok dapat berundur setapak dengan mampertahankan jawatan sebagai Naib Presiden kerana ini adalah lebih wajar untuk Datok
5.Saya memohon maaf dari Datok kerana menyatakan kebenaran ini. Saya ahli UMNO yang sayangkan parti tetapi bukan penulis upahan atau penyokong fanatik mana-mana pemimpin. Saya tidak berlindung disebalik nama samaran kerana apa yang saya lakukan adalah pandangan ikhlas.
Selamat Berjuang!
AZAM ABD RAHMAN,
1. Saya percaya kenyataan ini ada asasnya dan memanglah sukar untuk memberikan bukti. Benar, sesuatu kesalahan itu tidak boleh diisytiharkan selagi tidak terbukti dimahkamah bagaimanapun apakah sesuatu kesalahan yang nyata dilakukan itu jika tidak disahkan oleh mahkamah akan memberikan makna bahawa ianya bukanlah suatu kesalahan? Ya! Saya percaya bahawa rasuah sebegini ada berlaku dikalangan parti pembangkang dan saya juga percaya bahawa ianya juga ada dilakukan didalam kerajaan cuma kebenarannya masih belum dapat dibuktikan.
2. Saudara Mr Rizal dan KM Melaka Lembik nampaknya terlalu beremosi dalam memberikan komen. Sepatutnya Saudara dapat memberikan komen-komen yang lebih membina dengan lebih berhemah nanti. Saya tidak memihak mana-mana, tetapi apa yang dilakukan ini tidak memberikan faedah kepada sesiapapun selain dari melepaskan kemarahan melulu sambil menunjukkan sikap kurang ajar kita. Saya bukan penulis upahan yang berkerja mempertahankan KM Melaka ini dan bahkan saya bukan orang melaka. Saya hanya menyatakan kebenaran dan kewajaran. Saya mohon maaf kepada saudara berdua.
3. Kepada Datok Mohd Ali Rustam, benteraslah rasuah yang berada disekeliling Datok dahulu kerana ini lebih mudah dari membenteras rasuah didalam parti pembangkang. Tekadkanlah niat bahawa apa yang Datok lakukan itu demi Agama, Bangsa dan Negara.
1. ISU ISA MENJADI SANGAT PENTING DAN DIBERIKAN TUMPUAN BANYAK PIHAK. BERBAGAI PANDANGAN PRO DAN KONTRA. BANYAK PIHAK YANG MEMBINCANGKANNYA TERMASUKLAH MEREKA YANG TIDAK FAHAM ATAU TIDAK BERAPA FAHAM MENGENAI BAGAIMANA AKTA INI BERPERANAN.
2. SERING KITA DAPATI BERBAGAI PIHAK MENGULANGI HUJAH YANG SAMA YANG DILONTARKAN OLEH PIHAK TERTENTU. KITA BIMBANGKAN BAHAWA KITA HANYA MENJADI ALAT PIHAK TERTENTU DALAM MELAKSANAKAN AGENDA PERIBADI MEREKA.
3. SECARA PERIBADI SAYA KATAKAN BAHAWA SAYA MERASAKAN BAHAWA AKTA TERSEBUT MASIH RELAVEN. CUMA PERLAKSANAAN NYA HARUS DIPASTIKAN DIJALANKAN DENGAN JUJUR DAN SEWAJARNYA. TANPA ISA MUNGKIN NEGARA KITA AKAN JADI LEBIH HURU-HARA SEPERTI DI INDIA DAN PAKISTAN. BAHKAN NEGARA BARAT TANPA ISA TELAH MELAKUKAN SESUATU YANG LEBIH BERAT DAN DILUAR BATASAN - TAHANAN DI GUANTANAMO. APAKAH HANYA IANYA DILAKUKAN OLEH US MAKA IANYA WAJAR? DAN JIKA KITA LAKUKANNYA MAKA DIKIRA MELANGGAR HAK ASASI? BERFIKIRLAH DENGAN LEBIH WARAS DAN CARILAH KEBENARAN. SEMUGA TUHAN MEMBUKAKAN PINTU HATI KITA. WALLAH HUALAM!
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
USMAN AWANG